Wednesday, April 1, 2009

CINTA SEJATI

Makcik tgk artikel ni kat magazine fav makcik
Mingguan wanita.. Sungguh menarik perhatian makcik

6 TANDA CINTA SEJATI

1. Merasa sesuatu bersama-sama
- Cinta sejati akan membuat setiap pasangan ingin merasai segalanya bersama.
Setiap suka,duka,bahagia serta kecewa. Cinta sejati akan mampu mengalahkan kepentingan diri. Pasangan sanggup membelakangkan kepentingan diri demi org yg dicintai kerana ingin bersama org yg tersayang.

2. Memberi kekuatan dan tenaga baru
- Cinta sejati akan memenuhi diri dgn kegembiraan serta membuat pasangan anda lebih kreatif,bersemangat dan ingin menghasilkan yg terbaik.

3. Sentiasa memberi penghargaan
- Cinta sejati bererti anda menjunjung tinggi insan yg anda cintai. Walaupun anda melihat kekurangan dlm dirinya namun itu tidak sedikit pun menjejaskan rs sayang anda pd dirinya. Bahkan menganggap segala kekurangan itu menjadi kelebihan pd dirinya serta tidak berkira utk memberi penghargaan,ucapan terima kasih dan syg.

4. Terima kebiasaan
- Jgn berkahwin atas dasar anda memahami sikapnya dan mengatakan bahawa sikap akan berubah di kemudian hari. Sebab kemungkinan besar itu takkan terjadi. Cinta sejati bermakna menerima pasangan seadanya serta segala kebiasaan dan kekurangannya. Terima dgn hati terbuka tanpa penyesalan.

5. Ujian waktu
- Cinta sejati takkan tergugat dgn perjalanan waktu. Semakin byk hari ditempuhi bersama perasaan cinta semakin kuat. Semakin wajah yg cantik dan segak pudar dimamah waktu namun cinta sejati tetap utuh. Perubahan fizikal tidak sama sekali menjejaskan kasih dan sayang.

6. Pertengkaran
- Pasangan yg memiliki cinta sejati pasti akan bertengkar dan bukan sebaliknya.
Cinta sejati itu takkan lepas dari pertengkaran meskipun anda cukup menyayangi pasangan anda. Cinta sejati adalah kesanggupan pasangan utk berdamai.
- Seorg kaunselor sering bertanyakan sesuatu kepada pasangan yg ingin berkahwin
"Pernahkan kamu bertengkar hebat hanya kerana sesuatu yg kecil?"
Kebanyakannya menjawab "Belum pernah kerana kami saling mencintai"
kaunselor itu membalas " Bertengkarlah dahulu kemudian barulah kamu berkahwin"

* Makcik akui..
Ciri2 ni mmg ada pada pakcik..
Tapi makcik masih tak puas ati
SBBMAKCIK TAU...
MAKCIK SYG PAKCIK LEBIH DR DIA SYG MAKCIK.. HUHUHUHU
nk jugak..

2 comments:

  1. yang in red tu betulke?
    kalau betul, harap2lah sekarang ni mmg tgh dalam cinta sejati.
    sometime mmg benda remeh temeh sgt,
    tapi blh jd punca gaduh smpai berhari2..
    tak b'tegur lagi..huhu..
    tak suka gaduh. Boring. Xde sms. Xde call.
    Info ni dah sedapkan hati spider ckt.
    TQ makcik.

    ReplyDelete
  2. Betul la spider... Makcik ni slalu sgt gaduh. Perang besar sbb menda remeh temeh... Sbb tu bold n red kat situ.. Huhuhu

    ReplyDelete